PerkonGsiaN .... Tips Dari Penceramah

On: Friday, July 10, 2009

Kemahiran Pengurusan Kendiri:
ermm... satu topik yang ringkas tapi amat bermakna. Bagi diri saya dan juga untuk adik-adik belia diluar sana. Dalam kegembiraan, dalam keseronokkan kita tidak perlu alpa untuk uruskan diri sendiri juga. Betul atau tidak...Anda yang punyai jawapannya...
Mari kita singkap apa yang ada dalam nota-nota penceramah kita yang lalu. Mengenai Kemahiran Pengurusan Kendiri oleh En Ahmad Ansor B Muhd Rivai Batubara.
"Penilaian seseorang keatas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Ia meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tetang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Carl Roger (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran perspepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats(1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu :
1) tanggapan diri seseorang individu
2) proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu
KONSEP KENDIRI POSITIF
Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

CIRI KONSEP KENDIRI POSITIF
- Menghargai
- Memuji orang lain
- Puas hati dengan pencapaian
- Murah hati
- Mudah berkawan
- Puas hati dengan dirinya
- Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
- Peramah

0 comments on "PerkonGsiaN .... Tips Dari Penceramah"

Post a Comment