TerKiNi!!!

On: Monday, April 27, 2009

PENGUMUMAN!!!

PENYERTAAN PERCUMA

PROGRAM INTERVENSI GEJALA SOSIAL BELIA

GOLONGAN BELIA DIALU-ALUKAN UNTUK MENYERTAI
PROGRAM INI
2 & 3 Mei 2009 di Perak Riverside, Kuala Kangsar.
JUMPA DISANA!!!

Satu Suara

On: Friday, April 24, 2009

Kata-kata Indah

On: Thursday, April 23, 2009

Kata-kata yang indah dan bermakna ... bila diperkatakan hari-hari ia umpama alunan nasihat berirama. Ia juga boleh di jadikan amalan untuk semua. Mungkin suatu masa dahulu, masing-masing sudah serik dan lali dengan aktiviti dirotan, ditarik telinga, ditengking dan sebagainya... kali ini kita gunakan pendekatan yang berhemah sedikit. Pendekatan dari segi sentuhan dalaman, mesra dan muhibbah. Nasihat yang baik.. untuk menjadikan yang terbaik.

Kita kongsikan bersama-sama :
  • Manusia yang negatif akan selalu memandang semua peluang sebagai satu masalah.. manusia yang bersikap positif pula akan memandang segala masalah adalah sebagai peluang untuk lebih berjaya.
  • Ketakutan dalam diri umpama seperti ombak lautan yang sentiasa menghempas pantai.. tidak perlu gentar untuk menghadapinya.. kerana ombak juga akan menjadi sebahagian lautan bersama-sama pantai.
  • Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
  • Jangan sesekali takut untuk melangkah satu kaki ke hadapan walaupun sudah jatuh berkali-kali dan jangan sesekali berani melangkah kaki ke belakang sekalipun merangkak.
  • Setiap mata yang tertutup bukan bererti ia tidur. Setiap mata yang terbuka belum bererti ia melihat.
  • Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah luka.
  • Hari yang mendatang tidak akan memberi sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
  • Jadilah matahari yang sentiasa memberi cahaya kepada kehidupan walaupun seringkali dicerca kepanasannya.
  • Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
  • Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
  • Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan

Persidangan MBD Kinta

On: Wednesday, April 22, 2009

Persidangan MBD Kinta kali-2, selamat dilaksanakan dengan sempurna hasil dari kerjasama semua. Termasuk daripada pucuk pimpinan sehinggalah AJK dan sukarelawan yang membantu. Bertemakan 1 Hati, 1 Suara, 1 Ispirasi dan 1 Malaysia. MBD Kinta telah mengorak langgah untuk sama-sama membantu agensi-agensi kerajaan yang lain dalam membendung gejala sosial terutama dikalangan belia masa kini.
Turut sama hadir, merasmikan Majlis Perundingan Belia Daerah Y.Bhg Dato' Razali Othman. Sepanjang berlangsungnya persidangan, penulis berminat berkongsi kata-kata dan pandangan daripada Y.Bhg Dato' iaitu ;
(1) Belia kini perlu peluang, dorongan dan tempat untuk berfikir mengenai halatuju masa akan datang
(2) Belia merupakan golongan yang mudah dibentuk dan mudah menerima apa sahaja, yang mengenai minat dan kebolehan mereka
(3) Golongan belia pada masa kini mengharapkan perubahan dan kelainan
Kita juga sering mendengar, membaca dan mengatakan mengenai belia kini hanya menyampai hasrat dan amanah dari kerajaan. Serta mereka juga turut menjadi agen dari segi penyampai dan pemberi maklumat.
Y.Bhg Dato' juga menekan 3 aspek penting yang patut diketahui segenap lapisan pimpinan belia mahupun agensi-agensi yang terlibat. Beliau memberi kenyataan amat bermakna bagi diri untuk dijadikan pedoman setiap pimpinan :
(1) KEIMANAN BERLANDASKAN KESABARAN
(2) MELAKUKAN DAN BERFIKIR DENGAN AKAL YANG WARAS
(3) MELAHIRKAN PANDANGAN MERENTASI SEMPADAN
Secara sepintas lalu,3 aspek ini amat mudah diperkatakan, namun ianya haruslah diusahakan melalui pendekatan yang murni. Program Belia Turun Padang umpamanya mampu memberi impak dan kesan dari segi penyertaan dan penglibatan belia secara tidak langsung.
"MAMPUKAH BELIA ... BERJAYA SEHINGGA KE PERINGKAT ANTARABANGSA"..

On: Tuesday, April 21, 2009

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH (MPBD)
PENGGAL 1: TAHUN 2009
TEMPAT : REGENCY TOWER HOTEL, IPOH
TARIKH : 22 APRIL 2009
MASA : 8.00 MALAM

Anda BeRmiNat??

On: Monday, April 20, 2009

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENARIK MINAT BELIA BERPERSATUAN???

Berikutan saranan KBS dalam 1 komuniti, 1 persatuan.... pelbagai reaksi yang akan dan bakal diambil. Persoalannya kini, bagaimanakah untuk menarik minat belia menyertai persatuan dan menjadi pelapis didalam sesebuah organisai persatuan. Adakah memadai sekadar menyertai aktiviti, mendaftar sebagai ahli biasa... hanya menjadi pemerhati sahaja...

Sudah hampir sebulan program 1 komuniti, 1 persatuan dianjurkan. Penuh harapan agar belia merebut peluang ini. Peluang yang dicipta khusus untuk kita semua!!!

On: Sunday, April 19, 2009

Selamat Menyambut Hari Keputeraan
Sultan Perak ke 81.
Dirgahayu Tuanku!

Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripada dipersenda

On: Saturday, April 18, 2009

KUALA KANGSAR: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, hari ini bertitah akan mengambil tanggungjawab utama untuk melaksanakan segala usaha bagi memastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistem berkerajaan dan bernegara di negara ini akan terus dipertahankan.
"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.
"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita," titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini, hari ini.
Baginda bertitah Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu adalah institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.
Raja Nazrin bertitah sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung. Titah baginda kebijaksanaan pemerintahan beraja membantu berlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulah lahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.
"Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa. "Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan, memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawab mengekalkan identiti negara bangsa," titah baginda.
Baginda bertitah kelangsungan sesuatu bangsa dan wajah sesebuah negara bergantung pada faktor yang telah memberikannya identiti daripada segi institusi, agama, budaya dan bahasa.
"Tindakan-tindakan menghina institusi, mempersendakan institusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identiti asal negara bangsa. Di era peperangan dingin, langkah-langkah sedemikian lahir dari kumpulan yang berpegang kepada doktrin politik berfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif."Atas nama Revolusi Budaya, di China dan indoktrinasi komunisme di Kampuchea (Kemboja) dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkat ekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri; pemimpin-pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, ada rumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulah keadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di samping modal sosial negara bangsa habis termusnah," titah baginda.
Baginda bertitah hari ini dunia sedang menghadapi gelombang globalisasi yang menghempas setiap sempadan dan mahu memecahkan benteng budaya dan berkemungkinan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa. Raja Nazrin bertitah warga muda yang sedang dilambung ombak globalisasi, perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan supaya air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit.
Titah baginda ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisidan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik.
"Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalu menghapuskan identiti asal negara bangsa.
"Warga perlu disedarkan, bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijak dan ditakrifkan secara arif dapat berfungsi sebagai pemudah cara memajukan negara bangsa. Bahawa elemen-elemen budaya bangsa yang menjadi faktor penyatuan bangsa selama hari ini, adalah modal sosial yang amat berharga yang wajib dipertahankan," titah baginda.
Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81 keputeraan Sultan Azlan, pada majlis penganugerahan hari ini. Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Seri Amar Diraja Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

BeLia Hari Ini.. Perjuangkan Matlamat Anda!!!

On: Sunday, April 12, 2009

Bagi diri setiap belia, mahupun yang masih menuntut atau yang telah bekerja.. apabila di tanya dengan halatuju dan matlamat.. Adakah kita tahu apa sebenarnya matlamat yang kita mahukan. Atau masih ada yang mengaru-garukan tangan di kepala berfikir tentang matlamat. Usia mencecah 18 tahun, ada juga yang masih ragu-ragu atau tiada langsung matlamat. Masih belum terlambat. Marilah sama-sama berusaha untuk memperjuangkan dan mencapai matlamat !!!

Secara kita tidak sedar, mungkin ada ramai yang bercita-cita ingin menjadi jurutera, doktor dan peguam dan ahli perniagaan. Itu hanya cita-cita, namun sekiranya masih duduk selesa tanpa berusaha adakah cita-cita akan menjadi kenyataan dan matlamat sekadar angan-angan sahaja.


Maka untuk menentukan perjuangan hidup bagi seseorang BELIA adalah lebih tinggi nilainya dari memikirkan untuk menjadi seseorang yang terkenal dan disanjung. Memikirkan dan berusaha untuk mencapai perjuangan hidup pasti memberikan hasil yang berbeza-beza.......... Pastinya lebih tinggi nilai pencapaiannya!!!!

Kabinet Baru 2009

On: Thursday, April 9, 2009

(sila klik)

Tahniah!! KBS

MAJLIS BELIA DAERAH KINTA MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN YANG BARU!!!
TAHNIAH!!!

Suara WaKiL BeLia

On: Monday, April 6, 2009





DiSebaLiK Satu Suara....

Rumah Makcik Saadiah Bt Abd Rahman. Seorang warga emas yang berusia 57 tahun, turut tinggal bersama dan menyara ibunya yang berusia 98 tahun iaitu Teh Bt Yaakob. Tanpa mempunyai pendapatan tetap, warga emas ini gigih meneruskan kehidupannya dengan tabah. Linangan airmata mengiringi kepulangan anak-anak belia. Amat mengharukan setiap hati kami ketika itu.
Ini pula rumah Puan Saadiah Bt Ijan. Balu yang mempunyai 12 orang anak. Seorang anaknya Zainuddin Bin Kassim merupakan seorang kanak-kanak istimewa. Mengikuti persekolahan di Sekolah Pendidikan Khas, Pengkalan Ara. Walaupun tidak sesempura yang lain, Namun adik Zainuddin berusia untuk belajar dan berdikari seperti belia yang lain. Kini ianya berusia 16 tahun. Next check point!!! Inilah yang ditunggu-tunggu. Arahan dari Marshal untuk ke rumah yang seterusnya. Konvoi menuju ke Taman Ria .... Gerak!!!
Rumah ke-3, di Kg Kota Barat. Diduduki oleh Puan Juliah Bt Ismail yang berumur 51 tahun. Tidak bekerja malah menjaga dan tinggal bersama ibunya yang sudah tua dan adik lelakinya.
Pesanan Tok Wan Untuk Belia ... " Usah buang masa, lakukan sebarang kerja sementara usia masih muda, Usah nak berkira sangat.. Cari pengalaman disamping menimba ilmu pengetahuan. Bertanya pada yang tahu.. dan jaga dan patuhi setiap ajaran agama"... kata-kata Tok Wan sebagai nasihat untuk semua. Renung-renungkan & Selamat Beramal....

Satu Hati Satu Suara - BeLia MAYC

INILAH BARISAN BELIA MAYC, BUKIT GANTANG!!! YANG MENYERTAI PROGRAM
" SATU HATI SATU SUARA"
Ucapan daripada En Rozamir Zulkifli, seterusnya ucapan daripada Pengerusi MAYC Bukit Gantang iaitu En Ibrahim. Ia menyatakan program ini amat sesuai untuk belia bagi bersama-sama minat mereka disamping mendekatkan diri bersama-sama masyarakat setempat. Selain itu juga, beliau menyarankan agar belia-belia setempat menubuhkan lebih banyak persatuan bagi menyambut baik saranan Kementerian Belia dan Sukan iaitu "SATU KOMUNITI, SATU PERSATUAN".
Penerangan mengenai keselamatan dan etika@disiplin sepanjang konvoi bermotor ini telah di pertanggungjawabkan kepada En Meor Rizal.

Sesi pendaftaran peserta. Seramai 25 orang belia MAYC Bukit Gantang menyertai program 'satu hati satu suara ini'. Inilah belia harapan negara. Peserta telah berkumpul di Perkarangan Rumah Pengerusi MAYC Bukit Gantang iaitu En Ibrahim pada jam 9.00 pagi.

Satu Hati Satu Suara

On: Saturday, April 4, 2009

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia Negeri Perak akan menganjurkan satu program "Satu hati Satu suara" pada hari Ahad 5 April 2009. Disasarkan seramai 50 orang belia dan beliawanis akan menyertai program ini.

Tujuan program ini, ingin merapatkan belia dengan aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Disamping itu juga, program ini memberi pendedahan kepada barisan belia hari ini, pentingnya sesebuah persatuan dalam membentuk disiplin serta mempertingkatkan pengetahuan, pengalaman dan kebolehan seseorang. Penerapan elemen kemasyarakatan mampu membawa belia kearah insan yang lebih sensitif kepada persekitaran dan berfikir secara rasional untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara.

Tahniah PM

On: Friday, April 3, 2009

TAHNIAH!!!


Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-6

Dato’ Seri Mohd Najib. YBhg. Dato’ Seri Mohd Najib
bin
Tun Haji Abdul Razak



Satu transformasi besar buat Negara dengan semangat:
"Satu Malaysia"

Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan




Daripada :
Majlis Belia Daerah Kinta