Kata-kata Indah

On: Thursday, April 23, 2009

Kata-kata yang indah dan bermakna ... bila diperkatakan hari-hari ia umpama alunan nasihat berirama. Ia juga boleh di jadikan amalan untuk semua. Mungkin suatu masa dahulu, masing-masing sudah serik dan lali dengan aktiviti dirotan, ditarik telinga, ditengking dan sebagainya... kali ini kita gunakan pendekatan yang berhemah sedikit. Pendekatan dari segi sentuhan dalaman, mesra dan muhibbah. Nasihat yang baik.. untuk menjadikan yang terbaik.

Kita kongsikan bersama-sama :
  • Manusia yang negatif akan selalu memandang semua peluang sebagai satu masalah.. manusia yang bersikap positif pula akan memandang segala masalah adalah sebagai peluang untuk lebih berjaya.
  • Ketakutan dalam diri umpama seperti ombak lautan yang sentiasa menghempas pantai.. tidak perlu gentar untuk menghadapinya.. kerana ombak juga akan menjadi sebahagian lautan bersama-sama pantai.
  • Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
  • Jangan sesekali takut untuk melangkah satu kaki ke hadapan walaupun sudah jatuh berkali-kali dan jangan sesekali berani melangkah kaki ke belakang sekalipun merangkak.
  • Setiap mata yang tertutup bukan bererti ia tidur. Setiap mata yang terbuka belum bererti ia melihat.
  • Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah luka.
  • Hari yang mendatang tidak akan memberi sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
  • Jadilah matahari yang sentiasa memberi cahaya kepada kehidupan walaupun seringkali dicerca kepanasannya.
  • Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
  • Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
  • Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan