Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Suara WaKiL BeLia

On: Monday, April 6, 2009





DiSebaLiK Satu Suara....

Rumah Makcik Saadiah Bt Abd Rahman. Seorang warga emas yang berusia 57 tahun, turut tinggal bersama dan menyara ibunya yang berusia 98 tahun iaitu Teh Bt Yaakob. Tanpa mempunyai pendapatan tetap, warga emas ini gigih meneruskan kehidupannya dengan tabah. Linangan airmata mengiringi kepulangan anak-anak belia. Amat mengharukan setiap hati kami ketika itu.
Ini pula rumah Puan Saadiah Bt Ijan. Balu yang mempunyai 12 orang anak. Seorang anaknya Zainuddin Bin Kassim merupakan seorang kanak-kanak istimewa. Mengikuti persekolahan di Sekolah Pendidikan Khas, Pengkalan Ara. Walaupun tidak sesempura yang lain, Namun adik Zainuddin berusia untuk belajar dan berdikari seperti belia yang lain. Kini ianya berusia 16 tahun. Next check point!!! Inilah yang ditunggu-tunggu. Arahan dari Marshal untuk ke rumah yang seterusnya. Konvoi menuju ke Taman Ria .... Gerak!!!
Rumah ke-3, di Kg Kota Barat. Diduduki oleh Puan Juliah Bt Ismail yang berumur 51 tahun. Tidak bekerja malah menjaga dan tinggal bersama ibunya yang sudah tua dan adik lelakinya.
Pesanan Tok Wan Untuk Belia ... " Usah buang masa, lakukan sebarang kerja sementara usia masih muda, Usah nak berkira sangat.. Cari pengalaman disamping menimba ilmu pengetahuan. Bertanya pada yang tahu.. dan jaga dan patuhi setiap ajaran agama"... kata-kata Tok Wan sebagai nasihat untuk semua. Renung-renungkan & Selamat Beramal....

Satu Hati Satu Suara - BeLia MAYC

INILAH BARISAN BELIA MAYC, BUKIT GANTANG!!! YANG MENYERTAI PROGRAM
" SATU HATI SATU SUARA"
Ucapan daripada En Rozamir Zulkifli, seterusnya ucapan daripada Pengerusi MAYC Bukit Gantang iaitu En Ibrahim. Ia menyatakan program ini amat sesuai untuk belia bagi bersama-sama minat mereka disamping mendekatkan diri bersama-sama masyarakat setempat. Selain itu juga, beliau menyarankan agar belia-belia setempat menubuhkan lebih banyak persatuan bagi menyambut baik saranan Kementerian Belia dan Sukan iaitu "SATU KOMUNITI, SATU PERSATUAN".
Penerangan mengenai keselamatan dan etika@disiplin sepanjang konvoi bermotor ini telah di pertanggungjawabkan kepada En Meor Rizal.

Sesi pendaftaran peserta. Seramai 25 orang belia MAYC Bukit Gantang menyertai program 'satu hati satu suara ini'. Inilah belia harapan negara. Peserta telah berkumpul di Perkarangan Rumah Pengerusi MAYC Bukit Gantang iaitu En Ibrahim pada jam 9.00 pagi.

Satu Hati Satu Suara

On: Saturday, April 4, 2009

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia Negeri Perak akan menganjurkan satu program "Satu hati Satu suara" pada hari Ahad 5 April 2009. Disasarkan seramai 50 orang belia dan beliawanis akan menyertai program ini.

Tujuan program ini, ingin merapatkan belia dengan aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Disamping itu juga, program ini memberi pendedahan kepada barisan belia hari ini, pentingnya sesebuah persatuan dalam membentuk disiplin serta mempertingkatkan pengetahuan, pengalaman dan kebolehan seseorang. Penerapan elemen kemasyarakatan mampu membawa belia kearah insan yang lebih sensitif kepada persekitaran dan berfikir secara rasional untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pertubuhan Belia

On: Monday, March 23, 2009


Kursus Peningkatan Profesionalisme Pertubuhan Belia sedang berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang. Ia akan diadakan dari 23 Mac 2009 - 25 Mac 2009. Antara peserta yang menghadiri Kursus pada kali ini terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi setiap Pertubuhan Belia. Wakil dari MBD Kinta iaitu Sdra Rozamir Zulkifli selaku Pengerusi dan Sdra Ahmad Shah, Bendahari MBD Kinta telah dipertanggungjawabkan untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Pertubuhan Belia pada kali ini. Kursus ini telah dianjurkan oleh Persatuan Asrama Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan.
Semoga perkongsian ilmu dapat direalisasikan di peringkat akar umbi. . . . Have Fun!!!

MBD Kinta di KBS

On: Friday, March 20, 2009

Pada 20 Mac 2009, Majlis Belia Daerah Kinta telah mengadakan lawatan Kunjung Hormat Bertemu YB Dato Seri Ismail Sabri, Menteri Belia dan Sukan bertempat di KBS Putrajaya. Lawatan ini diketuai oleh Saudara Rozamir Zulkifli selaku Pengerusi MBD Kinta, Saudara Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara dan 2 orang wakil sukarelawan. Ia bertujuan membincangkan isu-isu belia terkini serta cara pendekatan yang baru. Peluang yang diberikan oleh pihak kementerian kepada pengurusan Belia Daerah seperti ini patut dicontohi dan membuktikan KBS bersikap "Mesra Belia"

Kementerian kini melahirkan satu pendekatan yang baru iaitu memberi "Pengiktirafan" terhadap kebolehan, kemampuan dan kegigihan setiap belia Malaysia. Konsep pendekatan ini menitikberatkan khusus kepada MINAT belia, menyebabkan semakin ramai belia hari ini bersifat terbuka untuk menyertai setiap program anjuran kerajaan.

Bagi Belia Malaysia inilah masa yang sesuai untuk BERUBAH & BERJAYA!!! MBD Kinta sedia bekerjasama dan membantu kearah yang lebih baik.

Sehari di Kementerian Belia & Sukan :
Mesra Belia... Thanks Dato Seri!!!

MBD Kinta Volunteer Briged @ SukaReLawaN

On: Tuesday, March 17, 2009

MBD Kinta mengalu-alukan penyertaan sukarelawan dari setiap kawasan dan cawangan. Ianya terbuka bagi semua golongan belia yang berumur 15-40 tahun. Tujuan penubuhan badan sukarelawan ini, adalah untuk melatih perantis-perantis belia dari segi gerak kerja berpersatuan, aktiviti berkumpulan, kepimpinan serta penglibatan kerja-kerja khidmat masyarakat @ aktiviti sosial.
Oleh itu, MariLah!!! sertai SUKARELAWAN MBD KINTA

SILA HUBUNGI SAUDARA ZAIHAL 0195718877 UNTUK KETERANGAN LANJUT

Seminar Usahawan

Bertempat di Tingkat 11, Regency Tower Hotel, Ipoh telah berlangsung satu seminar mengenai keusahawanan. Ia memberi makluman serta peluang kepada barisan usahawan yang baru dan sediada mengenai perniagaan dan pemasaran. Sekiranya ada dikalangan belia yang tidak dapat hadir ke seminar tersebut. Keterangan lanjut mengenainya boleh terus menghubungi saudara Rozamir - Pengerusi MBD Kinta atau En Zaihal.

* Antara tagline yang digunakan - " Nak ke Tak Nak " itu adalah pilihan setiap individu.

Majlis Makan Malam MBD Kinta

On: Wednesday, March 11, 2009


MAJLIS MAKAN MALAM. MAJLIS DAERAH KINTA.
9 MAC 2009 BERTEMPAT DI REGENCY TOWER HOTEL

MAYC Games

On: Tuesday, March 10, 2009

Diadakan di Hotel Seri Malaysia pada 8 Mac 2009 yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Bandaraya Ipoh. Program ini disertai oleh 100 belia diseluruh Daerah Kinta.


XPDC SUKARELAWAN MBD KINTA DI GUA TEMPURUNG

On: Sunday, March 8, 2009

Pada 1 Mac 2009, Majlis Belia Daerah Kinta telah mengadakan satu Program yang dinamakan Ekspedisi Sukarelawan di Gua Tempurung, Gopeng, Perak. Seramai 25 orang telah menyertai program tersebut. Mereka terdiri daripada ahli-ahli badan gabungan seperti GPMS, Belia 4B, MAYC, St John, ABIM, HYO, GBB dan Bulan Sabit Merah.

Tujuan program ini adalah untuk merapatkan dan menerapkan semangat kesukarelawan diantara ahli-ahli badan gabungan. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden Majlis Belia Negeri Perak iaitu En Ahmad Ansor bin Muhd Rivai Batubara. Majlis penutup pula disempurnakan oleh Pengerusi Belia Daerah Kinta iaitu En Rozamir B Zulkifli.





Kisah dari Gua Tempurung

On: Thursday, March 5, 2009


Inilah antara orang yang kuat dalam ekspidisi ini. Yang baju hijau ala-ala penyelamat tu, namanaya En. Zul selaku "incharge" (staff gua tempurung). En. Meor ni pula, selaku orang yang berpengalaman dari segi teknik-teknik di dalam gua. Hampir 10thn lebih dalam bidang aktiviti lasak ini. Anyway.. kami semua ahli @ peserta ekspidisi ... mmg ENJOY!!!

Antara wajah-wajah kepenatan... di pertengahan jalan. Setelah menghadapi cabaran menyusuri laluan air, kami dikehendaki mendaki 1050 anak tangga untuk ke pintu keluar gua. Segalanya mungkin. Terasa ingin sertai lagi aktiviti sebegini.
Penglibatan Belia Lepasan Sekolah
Khusyuk ...mendengar penerangan dari En Zul (incharge)

Pertandingan Bowling Piala Haji Diton

On: Saturday, December 13, 2008


Pembentangan Kertas Kerja MPBD Kinta


Pada 30 November 2008, seramai 30 orang belia mewakili badan gabungan telah menghadiri Pembentangan Kertas Kerja dan Rancangan Program bagi tahun 2009 di Langkawi, Kedah.

Seminar & Lawatan Melaka

On: Wednesday, December 10, 2008

Majlis Belia Daerah Kinta, menganjurkan lawatan ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Program seumpama ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim serta ukhwah sesama ahli dan juga pentadbiran MBD Kinta.

Selamat Datang ke Blog MBD Kinta


Majlis Belia Daerah Kinta atau singkatannya MBD Kinta adalah gabungan pertubuhan-pertubuhan belia yang bergabung di dalam Daerah Kinta.


Blog ini dibina khusus untuk tatapan barisan pengurusan belia seluruhnya serta sebagai platform bagi setiap aktiviti-aktiviti belia yang dijalankan. Diharapkan blog ini dapat menerima komentar yang membina dari semua pengunjung.