Cerita dari Kuala...

On: Sunday, May 3, 2009

Alhamdulillah... setelah sebulan berusaha siang ke malam, malam ke siang. Metting, Bincang, Rancang, Cancel, Tukar Tarikh, Tambah dan Tolak inilah hasilnya!!! Pihak MBD sekali lagi berjaya menganjurkan program untuk golongan belia secara khususnya yang cukup BEST!!!

Kronologi bermula disini..
9.00pagi
Urusetia Pendaftaran yang diketuai oleh En Zaihal@abg Ipin telah siap sedia menantik kehadiran peserta di JBS Perak. Excited memang terasa larrr. Nak tunggu peserta yang dijangkakan akan datang ni. Pendaftaran juga turut dibantu oleh Wee serta kawan-kawan sukarelawan. Nama pun...sukarelawan kan. Dimana saja. Kami sedia Berkhidmat!!!. Terima kasih coz sudi membantu. Tak perlu disuruh, tak perlu diminta masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan.. Well done!!
Urusetia Pendaftaran & Sukarelawan. Thanks!!!


Peserta yang Muhibbah. Tanpa mengira agama dan bangsa. Peace!!!


10.30 pagi
Seperti yang dirancang, bas yang dijanjikan telah tiba. Mail Bus lagi tu.... Geng Bus Sekolah. Naik arr bas sekolah.Okey lar tue.... Seramai 40 orang menyertai geng bas sekolah. Apa lagi. Jadi riuh rendah dalam bas jadinyerrr. Ada sajer cerita mereka....

11.00 pagi
Sebelum bertolak, En Zaihal memberikan sedikit taklimat ringkas mengenai program serta tips keselamatan semasa dalam perjalanan bagi yang menggunakan kenderaan sendiri. Selepas bacaan doa oleh wakil peserta perjalanan ke Kuala Kangsar bermula... jam 11.30 pagi kami semua bertolak. Tak sabar rasanya nak kesana... Yehaa!!!... Berkonvoi bersama-sama. Ada Bas, Ada Kereta, macam-macam ada... Best Woo!!!

Visi MBD Kinta : 1 hati, 1 suara, 1 IMPIAN