MBD Kinta di KBS

On: Friday, March 20, 2009

Pada 20 Mac 2009, Majlis Belia Daerah Kinta telah mengadakan lawatan Kunjung Hormat Bertemu YB Dato Seri Ismail Sabri, Menteri Belia dan Sukan bertempat di KBS Putrajaya. Lawatan ini diketuai oleh Saudara Rozamir Zulkifli selaku Pengerusi MBD Kinta, Saudara Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara dan 2 orang wakil sukarelawan. Ia bertujuan membincangkan isu-isu belia terkini serta cara pendekatan yang baru. Peluang yang diberikan oleh pihak kementerian kepada pengurusan Belia Daerah seperti ini patut dicontohi dan membuktikan KBS bersikap "Mesra Belia"

Kementerian kini melahirkan satu pendekatan yang baru iaitu memberi "Pengiktirafan" terhadap kebolehan, kemampuan dan kegigihan setiap belia Malaysia. Konsep pendekatan ini menitikberatkan khusus kepada MINAT belia, menyebabkan semakin ramai belia hari ini bersifat terbuka untuk menyertai setiap program anjuran kerajaan.

Bagi Belia Malaysia inilah masa yang sesuai untuk BERUBAH & BERJAYA!!! MBD Kinta sedia bekerjasama dan membantu kearah yang lebih baik.

Sehari di Kementerian Belia & Sukan :
Mesra Belia... Thanks Dato Seri!!!