Wan Cik Gondah Srikandi Perak

On: Thursday, August 6, 2009

Mereka telah menjalani latihan di Taman Budaya Perak dan akan memulakan penayangan secara rasmi di :
TEMPAT : MATIC, JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR
PADA : 8 & 9 OGOS 2009
MASA : 8.00 MALAM
TEATER AMAL INI DIANJURKAN OLEH :
PERTUBUHAN BANGSAWAN WARISAN MORAZA NEGERI PERAK
BAGI YANG BERMINAT, PAS MASUK BOLEH DIDAPATKAN DENGAN HARGA RM15 SAHAJA


SuKaReLawan & Teater

Seni itu indah... Memang indah. Disebalik kesenian, tersimpan seribu satu keindahan. Tidak mampu diungkap dengan kata-kata... memang hebat.

Baru-baru ini, sekumpulan sukarelawan MBD Kinta menjalankan aktiviti riadah secara sihat. Bersama--sama menonton teater yang di arahkan oleh salah seorang beliawanis yang tidak asing lagi, Pn Shanor Zahurin. Beliau merupakan Pengarah bagi Teater Wan Cik Gondah merupakan srikandi yang handal Perak di zaman Pemerintahan Inggeris dahulu.

Sepanjang persembahan, semuanya berjalan lancar.. tenang, penuh PENGHAYATAN. Teruja dengan kesungguhan barisan pelakon-pelakon semua.