Renungan SEjenaK.. MaMpuKaH Kita

On: Monday, March 23, 2009

Kita sering ALPA, malah terus terlupa. Jadi BERSYUKUR kerana masih DISINI. Untuk menunaikan tanggungjawab yang belum selesai.

Adakah anda ragu-ragu?

"APABILA anda mempunyai impian yang kuat dan rasa ragu yang tinggi, JIKA impian anda itu datang, IA akan datang secara perlahan kepada anda. BERAPA pantas anda memperolehi impian bergantung pada berapa TINGGI rasa ragu anda". Adakah anda ragu-ragu? - Petikan Michael j.losier, " Law of attraction"

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pertubuhan Belia


Kursus Peningkatan Profesionalisme Pertubuhan Belia sedang berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang. Ia akan diadakan dari 23 Mac 2009 - 25 Mac 2009. Antara peserta yang menghadiri Kursus pada kali ini terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi setiap Pertubuhan Belia. Wakil dari MBD Kinta iaitu Sdra Rozamir Zulkifli selaku Pengerusi dan Sdra Ahmad Shah, Bendahari MBD Kinta telah dipertanggungjawabkan untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Pertubuhan Belia pada kali ini. Kursus ini telah dianjurkan oleh Persatuan Asrama Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan.
Semoga perkongsian ilmu dapat direalisasikan di peringkat akar umbi. . . . Have Fun!!!