Doa Mustajab

On: Monday, March 9, 2009

BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM

ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘A-LAMIN, WASSOLAATU WASSALAMU ‘ALA ASYRAFIL ‘ANBIYAA ‘I-WAL MURSALIN, WA ‘ALA AALIHI WASOHBIHI AJMAIN.

ALLAHUMMA SOLLI, ALA SAIDINA MUHAMMAD , WA ‘ALA ALIHI , WA SOHBIHI WASALLAM

ALLAHUMAFTAH ALAINA, HIMATAKA WANSYUR ALAINA, MIN KHO-ZA-INI RAHMATIKA YA ARHAMAR ROHIMIN

YA ALLAH, ENGKAULAH PEMILIK KERAJAAN ALAM INI. ENGKAU MEMBERIKAN KERAJAAN KEPADA SESIAPA YANG ENGKAU KEHENDAKI. ENGKAU MERAMPAS KERAJAAN ITU DARI SESIAPA SAHAJA YANG ENGKAU KEHENDAKI. ENGKAU BERKUASA MEMULIAKAN SESIAPA YANG ENGKAU MAHU. DI TANGANMU YA ALLAH, SEGALA KEBAIKAN DAN KEKAYAAN.

YA ALLAH. ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA HATI-HATI INI. TELAH BERKUMPUL KERANA MENGASIHIMU. BERTEMU UNTUK MEMATUHI PERINTAHMU. BERSATU UNTUK BERJUANG DI JALANMU.

HATI-HATI INI TELAH BERBAI’AH SETIA. MENGIKAT JANJI SETIA. UNTUK MENDAULAT DAN MENYOKONG ISLAM. MAKA ERATKANLAH AKAN IKATANNYA YA ALLAH.


TUNJUKKANLAH KEPADA HATI-HATI INI AKAN JALAN YANG LURUS DAN BENAR. PENUHKANLAH HATI INI DENGAN CAHAYA RABBANIMU YANG TIDAK KUNJUNG MALAP. LIMPAHKANLAH HATI-HATI INI DENGAN IMAN DAN KEYAKINAN SERTA KEINDAHAN TAWAKKAL KEPADAMU. SUBURKANLAH HATI-HATI INI DENGAN MA’RIFAT TENTANGMU.

RABBANA AATINA FIDDUNIA HASANAH WA FIL AAKHIROTI HASANAH WAQINA ‘AZAABANNAR.

WASOLLOLLAHU ‘ALA SAIDINA MUHAMMAD WA ‘ALA ALIHI WA SOHBIHI WASALLAM TASLIIMAN KASIIRA.

0 comments on "Doa Mustajab"

Post a Comment