Pertandingan Bowling Piala Haji Diton

On: Saturday, December 13, 2008


Pembentangan Kertas Kerja MPBD Kinta


Pada 30 November 2008, seramai 30 orang belia mewakili badan gabungan telah menghadiri Pembentangan Kertas Kerja dan Rancangan Program bagi tahun 2009 di Langkawi, Kedah.

PERLEMBAGAAN MAJLIS BELIA DAERAH KINTA

On: Friday, December 12, 2008

FASAL I : NAMA

Nama Pertubuhan ini ialah Majlis Belia Daerah Kinta dan panggilan ringkasnya ‘MAJLIS”


FASAL II : PENDAFTAR

Urusetia Majlis dialamatkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kinta Batu Gajah atau di mana tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja setelah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


FASAL III : TAFSIR

1. ‘Majlis’ bermakna Majlis Belia Daerah Kinta

2. ‘Majlis Belia Daerah Kinta’ bermakna sebuah Majlis atau Jawatankuasa Belia Daerah Kinta yang berdaftar dan bergerak sebagai Badan Penyelaras Badan-Badan Belia di peringkat Daerah yang mana memenuhi syarat mengikut FASAL V(C).

3. Badan Majlis’ bermakna Pertubuhan Belia di peringkat daerah yang diterima menjadi ahli Majlis menurut FASAL V(I) a dan b.

4. ‘Pertubuhan Belia’ bermakna pertubuhan yang ahli ahlinya dianggotai oleh warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas.


FASAL IV : MATLAMAT

1. Berusaha menegak dan mengukuhkan prinsip sukarela dan demokratik dalam pergerakan belia.

2. Menyebar penerangan dan maklumat mengenai cara-cara teknik dan kegiatan kegiatan Pertubuhan Belia

3. Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, badan-badan berkanun atau kepada badan-badan yang lain mengenai perkara perkara-pergerakan belia.

4. Membantu memajukan kegiatan-kegiatan belia dan memberi galakan menerusi usaha bersama, perkembagan kerja-kerja oleh Pertubuhan Belia Sukarela.

5. Menggalakkan persefahaman antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan-kegiatan belia

6. Menganjur dan menggalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, mental dan emosi dan pendidikan belia-belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini serta berusaha kea rah kecemerlangan dalam segala apa yang dilakukan.

7. Bekerja rapat dengan jabatan-jabatan dan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan belia.

8. Berusaha dan menggalakkan kegiatan ekonomi dikalangan belia.

9. Mencapai matlamat Majlis tanpa mencampuri politik.

10. Berusaha untuk mengumpulkan harta untuk Majlis membiayai kegiatan-kegiatanya.


FASAL V : KEAHLIAN

1. Keahlian adalah terbuka kepada :-

a. Pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar di dalam Daerah Kinta yang mematuhi syarat-syarat seperti berikut:-

i) Pertubuhan itu hendaklah berumur dari 15 tahun ke atas.

ii) Pertubuhan itu hendaklah menjalankan urusan-urusanya dengan sendiri memberi peluang sepenuhnya kepada semua ahli untuk mengambil bahagian yang sewajarnya dalam kegiatannya

iii) Pertubuhan itu didafatarkan mengikut akta Pertubuhan Malaysia

2. Permohonan Menjadi Ahli

a. Pertubuhan yang ingin menjadi ahli hendaklah mengemukakan permohonnya secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat Majlis dan kemudian mengisi borang yang ditetapkan.

b. Jawatankuasa Majlis boleh menerima dan meluluskan penggabungan sementera di mana-mana Pertubuhan yang layak menurut FASAL V(1) dan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Penuh.

3. Berhenti Menjadi Ahli

a. Pertubuhan yang telah dibuburkan

b. Ahli Pertubuhan itu sendiri memohon berhenti dengan bersurat dan diluluskan oleh Jawatankuasa Majlis.

c. Pertubuhan yang tidak menjelaskan yuran selama 2 tahun berturut-turut.

d. Jika didapati pada bila-bila masa sesebuah Badan gabungan gagal memenuhi syarat-syarat dalam FASAL V.

e. Pertubuhan yang diambil tindakan undang-undang oleh Kerajaan. Keahlinya boleh digantung oleh Jawatankuasa Majlis sementara menunggu keputusan Mesyuarat Agung Tahunan yang mana adalah muktamad.


FASAL VI : YURAN

1. Sesebuah Badan Pertubuhan adalah dikenakan yuran tahunan sebanyak RM30.00 dan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.

2. Yuran pertama bagi Badan Pertubuhan yang baru menjadi ahli hendaklah dijelaskan ketika Badan itu menjadi ahli.

3. Badan Pertubuhan yang belum menjelaskan yurannya tidak berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.


FASAL VII : MESYUARAT AGUNG

1. Mesyuarat Agung

a. Mesyuarat Agung adalah Badan Berkuasa Tertinggi Majlis

b. Mesyuarat Agung Tahunan Majlis hendaklah diadakan tidak lewat dari bulan Mac tiap-tiap tahun di tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Sekurang-kurangnya 14 hari notis hendaklah di beri dengan secara bertulis oleh Setiausaha Kehormat kepada badan-badan Pertubuhan.

c. Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan dengan kehendak Jawatankuasa Penuh Majlis atau dengan permintaan secara bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perempat ( ¼ ) daripada Badan Pertubuhan. Notis memberitahu mesyuarat hendaklah dihantar oleh Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh mesyuarat. Dalam mesyuarat ini tidaklah boleh dibincangkan perkara-perkara lain daripada perkara yang ditetapkan bagi mesyuarat itu.

d. Cukup bilangan (Korum) Mesyuarat Agung hendaklah satu perdua (½) daripada jumlah Perwakilan mengikut FASAL VII(2)a atau dua kali jumlah Ahli Jawatankuasa ikut mana yang kurang untuk Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Agung Luar Biasa.

e. Jika koram tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk Mesyarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih dari 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika koram tidak cukup selepas setenggah jam dari waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa, tetapi tidak berkuasa mengubah udang-undang Majlis dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

2. Perwakilan

a) i) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Majlis
ii) 8 orang wakil dari sebuah Badan Pertubuhan

b) Nama-nama wakil hendaklah disampaikan dengan secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat Majlis sebelum mereka hadir dalam Mesyuarat Agung.

c) Sesebuah Badan Pertubuhan Belia daerah/Daerah Kecil boleh menukar wakil-wakilnya jika perlu tetapi hendaklah disampaikan dengan secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat Majlis sebelum hadir dalam Mesyuarat Agung.

3. Tanggungjawab Mesyuarat Agung Tahunan

a. Menentukan Dasar-dasar Majlis dan memilih Pengerusi serta 2 orang Jurutulis.

b. Membentang Peringatan Mesyuarat Agung.

c. Membentang Laporan Tahunan Majlis.

d. Membentang Penyata Kewangan Majlis

e. Mengkaji dan menentukan keahlian Badan Pertubuhan yang digantung oleh Jawatankuasa menurut FASAL V(3) d.

f. Pemilihan Jawatankuasa :-

i) Memilih seorang Pengerusi
ii) Memilih seorang Timbalan Pengerusi
iii) Memilih dua orang Naib Pengerusi Lelaki
iv) Memilih seorang naib Pengerusi Wanita
v) Memilih 9 orang Ahli Jawatankuasa
vi) Memilih 2 orang Juruodit Dalam

• Pemilihan ini hanya diadakan 2 tahun sekali. Pencalonan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat Majlis satu minggu sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Majlis diadakan oleh Badan-badan Pertubuhan dan yang berdaftar sahaja.

Kertas Pencalonan dan Borang Penerimaan Pencalonan yang dikembalikan kepada Setiausaha Majlis mestilah disahkan oleh Pengerusi atau Setiausaha atau Pemegang Jawatan Kanan Pertubuhan di mana ahli yang dicalonkan menjadi ahli.

g. Melantik Penaung & Penasihat

h. Membahas dan meluluskan usul. Usul hendaklah secara bertulis mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan akan ditapis sama ada diterima, dibahas atau ditolak oleh Jawatankuasa.

i. Menentukan lain-lain perkara yang tidak diperuntukan oleh mana-mana FASAL dalam Perlembagaan ini.



FASAL VIII : JAWATANKUASA PENUH

1. Komposisi

a. Pengerusi
b. Timbalan Pengerusi
c. Dua Naib Pengerusi Lelaki
d. Naib Pengerusi Wanita
e. Setiausaha Kehormat (Dilantik oleh Pengerusi)
f. Penolong Setiausaha Kehormat (Dilantik oleh Pengerusi)
g. Bendahari Kehormat (Dilantik oleh Pengerusi)
h. 9 orang Ahli Jawatankuasa yang dilantik dalam Mesyuarat Agung
i. 3 orang Ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa Majlis
j. Seorang wakil dari tiap-tiap Pertubuhan
k. Pegawai Belia dan Sukan Daerah atau wakil sebagai ahli “ex-officio”
Pemegang-pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam pertubuhan ini hendaklah Warganegara Malaysia.

2. Tanggungjawab

a. Menjalankan dasra-dasar yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung.

b. Mengadakan undang-undang kecil untuk pentadbiran kewangan, pengurusan dan pengawasan kakitangan dan harta benda Majlis. Membincangkan dan meluluskan belanjawan dan projek serta program-program Majlis.

c. Melantik Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kecil.

d. Menerima Laporan Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil.

e. Menerima dan meluluskan pergabungan sementara mana-mana Pertubuhan yang layak menurut FASAL V(1) sehingga kelulusan Mesyuarat Agung.

3. Mesyuarat

a. Jawatankuasa Penuh akan bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

b. Cukup bilangan (Korum) Jawatankuasa Penuh hendaklah ½ (separuh) daripada jumlah ahli atau 10 orang yang mana kurang.

c. Seorang Ahli Jawatankuasa dibawah FASAL VIII(i) yang tidak hadir mesyuarat Jawatankuasa Penuh sebanyak tiga kali berturut-turut dengan tidak terlebih dahulu memberi penjelasan bertulis akan dengan secara otamatis berhenti menjadi ahli. Jawatankuasa bolehlah melantik pengantinya.

d. Jika seorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.


FASAL IX : TUGAS – TUGAS JAWATANKUASA

1. Pengerusi

a. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penuh

b. Melantik Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan 3 Ahli Jawatankluasa selaras dengan pemilihan dalam Mesyuarat Agung iaitu dua tahun sekali.

c. Mengawal segala pentadbiran dan perjalanan Majlis.

2. Timbalan Pengerusi

a. Membantu Pengerusi menjalankan tugas-tugas.

b. Memangku tugas-tugas Pengerusi dalam masa ketiadaannya.

c. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

3. Naib –Naib Pengerusi Lelaki dan Wanita

a. Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam Pengerusi menjalankan tugas-tugas Majlis

b. Mempengerusikan Mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

4. Setiausaha Kehormat

a. Bertanggungjawab kepada Pengerusi atas semua perkara Majlis.

b. Memanggil dan menghadiri semua Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung.

c. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Tahunan, Minit Mesyuarat Agung dan Minit Mesyuarat Jawatankuasa.

d. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-menyurat, menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir butir ahli seperti nama, nombor kad pengenalan, tarikh dan tempat lahir, perkerjaan, alamat tempat kerja dan alamat tempat kediaman.

e. Setiausaha hendaklah dalam masa 28 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirim Penyata Tahunan Majlis kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikhendaki dibawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966.


5. Penolong Setiausaha Kehormat

a. Membantu tugasan Setiausaha Kehormat.

6. Bendahari Kehormat

a. Bertanggungjawab menerima dan membayar segala wang bag pihak Majlis.

b. Menyimpan kira-kira kewangan dengan teratur.

c. Menyediakan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap Mesyuarat Jawatankuasa Penuh dan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis.

d. Menandatangani semua cek bersama dengan mana-mana Ahli Jawatankuasa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penuh.


FASAL X: UNDANG - UNDANG KECIL

Jawatankuasa Majlis bolehlah mengadakan undang-undang kecil untuk Pentadbiran Pengerusan dan Pengawalan Kakitangan serta Harta Benda Majlis.


FASAL XII : UNDI

1. Undi hanya akan diluluskan dengan suara terbanyak. Jika bilangan undi sama, maka Pengerusi Mesyuarat bolehlah menggunakan undi pemutusnya.

2. Pemilihan Jawatankuasa hendaklah secara sulit atau yang dipersetujui perwakilan.

3. Badan Pertubuhan yang belum menjelaskan yuran tidak boleh dan tidak berhak mengundi


FASAL XIII : KEWANGAN

1. Majlis adalah berkuasa mengutip wang dengan cara yuran dari Badan Pertubuhan, caruman, bantuan wang dari Kerajaan atau badan-badan berkanun, perniagaan dan sumber-sumber lain yang tidak bertentangan dengan matlamat Majlis.

2. Pendapatan Majlis yang diperolehi hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai matlamat-matlamat Majlis dan lain-lainnya seperti yang disebutkan dalam perlembagaan ini.

3. Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM200.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukan ke dalam bank yang disetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Majlis.

4. Segala cek atau kenyataan Pengeluaran Wang dari kira-kira Majlis hendaklah ditandatangani bersama Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.

5. Perbelanjaan yang lebih daripada Rm 500.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM500.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.

6. Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta Timbangan Kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik mengikut FASAL XIV dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata Kira-kira yang telah diodit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk maklumat ahli ditempat urusan bagi Majlis.


FASAL XIII : TAHUN KEWANGAN

1. Tahun Kewangan Majlis ialah mulai dari 1hb Januari hingga 31hb Disember. Penyata Kewangan Majlis hendaklah diodit sekurang-kurangnya setahun sekali oleh Juru Odit Dalam.


FASAL XIV : JURU ODIT

1. Dua orang yang bukannya Pegawai Majlis boleh di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruodit Kehormat. Mereka akan memegang Jawatan selama satu tahun dan tidak boleh dilantik semula.

2. Juruodit adalah dikhendaki memeriksa kira-kira Majlis bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus juga dikhendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengodit Kira-kira Majlis bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.


FASAL XV : PENAUNG KEHORMAT

Majlis bolehlah melantik Penaung, Penasihat dan Ahli Kehormat.


FASAL XVI : PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

3. Pindaan kepada perlembagaan tidak boleh dibuat dengan tiada mendapat kelulusan dua pertiga ( 2/3 ) dari perwakilan yang hadir dalam Mesyuarat Agung.

4. Cadangan-cadangan meminda Perlembagaan boleh dihantar kepada Majlis untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung.

5. Pindaan hanya boleh dibuat dan dijalankan kuatkuasanya mulai dari tarikh pindaan yang dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan.


FASAL XVII : PEMEGANG AMANAH DAN HARTA BENDA

6. Majlis Peringkat Daerah bolehlah memiliki tanah, bangunan dan lain-lain harta benda serta bolehlah membeli, meminjam mencagarkan dan memindahkan milik harta benda kecuali wang dalam bank bolehlah diamanahkan kepada badan Pemegang harta yang terdiri daripada tidak kurang daripada 3 orang ahli dan berumur lebih dari 21 tahun.

7. Pemegang-pemegang Amanah hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan.

8. Seseorang Pemegang Amanah itu akan memegang jawatannya selagi ia tidak memecah amanah atau menyelewangkan daripada perlembagaan melainkan ia meminta berhenti dan permintaan itu diluluskan dan ianya diberhentikan oleh Mesyuarat Agung yang melantiknya.

FASAL XVIII : PEMBUBARAN

9. Majlis ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan usul yang mendapat kelulusan tiga perlima ( 3/5 ) dari perwakilan yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Agung Majlis.

10. Majlis ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang dari tiga perlima ( 3/5 ) dari jumlah perwakilan yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.

11. Sekiranya Majlis hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas maka segala hutang dan tanggungjawab Mjalis yang sah mengikut undang-undang hendaklah diselsaikan mengikut cara yang dipersetujukan dalam Mesyuarat Agung.


FASAL XIX : PERGABUNGAN

Majlis ini boleh bergabung dengan pertubuhan seumpamanya diperingkat yang lebih tinggi di Negeri dengan usul yang mendapat kelulusan 2/3 dari perwakilan yang hadir dalam Mesyuarat Agung Majlis.


FASAL XX : TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

Sekiranyan berlaku sebarang perselisihan mengenai tafsiran perlembagaan ini maka Jawatankuasa Penuh Majlis adalah berhak mentafsirkannya. Keputusan Jawatankuasa Penuh adalah muktamad kecuali dipinda oleh Mesyuarat Agung.


FASAL XXI : LARANGAN

12. Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Majlis. Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh Peh Bin, Belankai, Pai kau, Tan Ngan, Tien Kow, Chop Ji Kee, Sam Cheong, Duapuluh Satu, Tigapuluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, malco game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.

13. Majlis atau ahli-ahli perwakilannya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan cara apajua mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

14. Majlis tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak atas nama Majlis atau pegawai atau Jawatankuasa atau Ahli tanpa kelulusan dari pihak berkuasa berkenaan.

15. ‘Faedah’ seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah diberikan oleh Majlis kepada mana-mana ahli.

RLK/Perlembagaan

Seminar & Lawatan Melaka

On: Wednesday, December 10, 2008

Majlis Belia Daerah Kinta, menganjurkan lawatan ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Program seumpama ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim serta ukhwah sesama ahli dan juga pentadbiran MBD Kinta.

Selamat Datang ke Blog MBD Kinta


Majlis Belia Daerah Kinta atau singkatannya MBD Kinta adalah gabungan pertubuhan-pertubuhan belia yang bergabung di dalam Daerah Kinta.


Blog ini dibina khusus untuk tatapan barisan pengurusan belia seluruhnya serta sebagai platform bagi setiap aktiviti-aktiviti belia yang dijalankan. Diharapkan blog ini dapat menerima komentar yang membina dari semua pengunjung.