XPDC SUKARELAWAN MBD KINTA DI GUA TEMPURUNG

On: Sunday, March 8, 2009

Pada 1 Mac 2009, Majlis Belia Daerah Kinta telah mengadakan satu Program yang dinamakan Ekspedisi Sukarelawan di Gua Tempurung, Gopeng, Perak. Seramai 25 orang telah menyertai program tersebut. Mereka terdiri daripada ahli-ahli badan gabungan seperti GPMS, Belia 4B, MAYC, St John, ABIM, HYO, GBB dan Bulan Sabit Merah.

Tujuan program ini adalah untuk merapatkan dan menerapkan semangat kesukarelawan diantara ahli-ahli badan gabungan. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden Majlis Belia Negeri Perak iaitu En Ahmad Ansor bin Muhd Rivai Batubara. Majlis penutup pula disempurnakan oleh Pengerusi Belia Daerah Kinta iaitu En Rozamir B Zulkifli.





0 comments on "XPDC SUKARELAWAN MBD KINTA DI GUA TEMPURUNG"

Post a Comment