BeLia!!! JgN KetinGGaLaN

On: Tuesday, March 31, 2009

Umpama tidak sempat untuk berehat walau seminit. Berjalan umpama tidak cukup tanah, malah sentiasa ingin berlari. Alhamdulillah.. kene teruskan kehidupan. Inilah yang berlaku kini. Masa ini. Semua bagaikan kesibukan. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

Jika inginkan sesuatu, berusaha kearah itu. Jika ingin tahu, bertanyalah untuk kepastian. Bagi diri setiap individu, khususnya golongan belia yang bersemangat dalam apa jua arena. Bertanyalah pada yang tahu. Berfikirlah seketika sebelum membuat apa-apa keputusan dan tindakan. Ianya akan sama-sama membantu kita semua!!!

Masa ini ada yang malu bertanya, takut, tidak berkeyakinan.... akan ketinggalan. Akan terkebelakang. Akan LEBIH MUNDUR. Apa yang kita perlu tunggu lagi. Bagi adik-adik belia, sertai kami.. hubungi kami dan dekati kami. Inilah tempat dan masa yang sesuai untuk setiap pucuk pimpinan belia membantu anda semua.

SuKa @ SuKaR Utk MemiLIh??

On: Monday, March 30, 2009

Jika tidak begitu begini.. Jika tidak begini begitu. Kata-kata seumpama ini, sering kita dengar dan perkatakan. Benar atau tidak?!? Kita sering menghadapi satu keadaan yang sukar untuk membuat pilihan. Nak ke Tidak. Jika pilih ini, ia akan jadi begitu. Itulah yang sebaliknya, jika kita fikir tentang pilihan yang kita ingin buat.

Kita sering merasakan kerugian atau menyesal........ jika tersalah membuat pilihan.
Betul atau tidak. ???

Tetapi masih ramai lagi adik-adik belia kita yang masih kurang jelas untuk membuat pilihan. Apa kata, masa yang ada kini.. kita sama-sama seiring dan sejalan untuk memperbaiki setiap kelemahan dan mantapkan setiap kejayaan yang sedia ada. Agar semuanya jelas, nampak dan nyata.


ADAKAH masih ragu-ragu, was-was dan tidak ada keyakinan untuk membuat keputusan?Ingin berkongsi satu buku yang dihasilkan oleh seorang belia yang berdikari, kental dan mempunyai harapan yang cukup tinggi. Buku pertama hasil belia ini boleh dikatakan bagus dan menarik kerana berdasarkan pengalaman beliau sebagai belia yang berhati waja. Untuk perkongsian bersama dapat " Pilih Jangan Tak Pilih". Ikuti penulisan belia masa kini didalamnya. "Sharing is caring"

Renungan SEjenaK.. MaMpuKaH Kita

On: Monday, March 23, 2009

Kita sering ALPA, malah terus terlupa. Jadi BERSYUKUR kerana masih DISINI. Untuk menunaikan tanggungjawab yang belum selesai.

Adakah anda ragu-ragu?

"APABILA anda mempunyai impian yang kuat dan rasa ragu yang tinggi, JIKA impian anda itu datang, IA akan datang secara perlahan kepada anda. BERAPA pantas anda memperolehi impian bergantung pada berapa TINGGI rasa ragu anda". Adakah anda ragu-ragu? - Petikan Michael j.losier, " Law of attraction"

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pertubuhan Belia


Kursus Peningkatan Profesionalisme Pertubuhan Belia sedang berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang. Ia akan diadakan dari 23 Mac 2009 - 25 Mac 2009. Antara peserta yang menghadiri Kursus pada kali ini terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi setiap Pertubuhan Belia. Wakil dari MBD Kinta iaitu Sdra Rozamir Zulkifli selaku Pengerusi dan Sdra Ahmad Shah, Bendahari MBD Kinta telah dipertanggungjawabkan untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Pertubuhan Belia pada kali ini. Kursus ini telah dianjurkan oleh Persatuan Asrama Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan.
Semoga perkongsian ilmu dapat direalisasikan di peringkat akar umbi. . . . Have Fun!!!

MBD Kinta di KBS

On: Friday, March 20, 2009

Pada 20 Mac 2009, Majlis Belia Daerah Kinta telah mengadakan lawatan Kunjung Hormat Bertemu YB Dato Seri Ismail Sabri, Menteri Belia dan Sukan bertempat di KBS Putrajaya. Lawatan ini diketuai oleh Saudara Rozamir Zulkifli selaku Pengerusi MBD Kinta, Saudara Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara dan 2 orang wakil sukarelawan. Ia bertujuan membincangkan isu-isu belia terkini serta cara pendekatan yang baru. Peluang yang diberikan oleh pihak kementerian kepada pengurusan Belia Daerah seperti ini patut dicontohi dan membuktikan KBS bersikap "Mesra Belia"

Kementerian kini melahirkan satu pendekatan yang baru iaitu memberi "Pengiktirafan" terhadap kebolehan, kemampuan dan kegigihan setiap belia Malaysia. Konsep pendekatan ini menitikberatkan khusus kepada MINAT belia, menyebabkan semakin ramai belia hari ini bersifat terbuka untuk menyertai setiap program anjuran kerajaan.

Bagi Belia Malaysia inilah masa yang sesuai untuk BERUBAH & BERJAYA!!! MBD Kinta sedia bekerjasama dan membantu kearah yang lebih baik.

Sehari di Kementerian Belia & Sukan :
Mesra Belia... Thanks Dato Seri!!!

Ahli Jawatankuasa

On: Wednesday, March 18, 2009

MBD Kinta Volunteer Briged @ SukaReLawaN

On: Tuesday, March 17, 2009

MBD Kinta mengalu-alukan penyertaan sukarelawan dari setiap kawasan dan cawangan. Ianya terbuka bagi semua golongan belia yang berumur 15-40 tahun. Tujuan penubuhan badan sukarelawan ini, adalah untuk melatih perantis-perantis belia dari segi gerak kerja berpersatuan, aktiviti berkumpulan, kepimpinan serta penglibatan kerja-kerja khidmat masyarakat @ aktiviti sosial.
Oleh itu, MariLah!!! sertai SUKARELAWAN MBD KINTA

SILA HUBUNGI SAUDARA ZAIHAL 0195718877 UNTUK KETERANGAN LANJUT

Seminar Usahawan

Bertempat di Tingkat 11, Regency Tower Hotel, Ipoh telah berlangsung satu seminar mengenai keusahawanan. Ia memberi makluman serta peluang kepada barisan usahawan yang baru dan sediada mengenai perniagaan dan pemasaran. Sekiranya ada dikalangan belia yang tidak dapat hadir ke seminar tersebut. Keterangan lanjut mengenainya boleh terus menghubungi saudara Rozamir - Pengerusi MBD Kinta atau En Zaihal.

* Antara tagline yang digunakan - " Nak ke Tak Nak " itu adalah pilihan setiap individu.

Majlis Makan Malam MBD Kinta

On: Wednesday, March 11, 2009


MAJLIS MAKAN MALAM. MAJLIS DAERAH KINTA.
9 MAC 2009 BERTEMPAT DI REGENCY TOWER HOTEL

MAYC Games

On: Tuesday, March 10, 2009

Diadakan di Hotel Seri Malaysia pada 8 Mac 2009 yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Bandaraya Ipoh. Program ini disertai oleh 100 belia diseluruh Daerah Kinta.


JoM!! FutSaL

MBD Kinta menyarankan agar belia menyertai aktiviti sihat seperti Senamrobik, Lompat Tali, Badminton, Futsal dan sebagainya. Pada kali ini, pihak persatuan akan mengadakan latihan futsal 2 kali seminggu bagi memantapkan tahap kesihatan belia bagi menjamin minda yang sihat dan cergas. JoM!!! Belia-Belia Sihatkan Badan dan Minda dengan menyertai latihan Futsal ini. Sila hubungi pihak MBD untuk keterangan lanjut.

JoM BacA..

Galakkan membaca untuk semua pimpinan belia yang sedang berusaha untuk memahami kemahuan belia kini.

Kita cuma perlu menambah kemahiran, misalnya, dengan menelaah buku berkaitan, seperti tulisan Adele Faber dan Elaine Mazlish (2005),
How to Talk So Teens Will Listen & Listen So Teens Will Talk.

Doa Mustajab

On: Monday, March 9, 2009

BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM

ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘A-LAMIN, WASSOLAATU WASSALAMU ‘ALA ASYRAFIL ‘ANBIYAA ‘I-WAL MURSALIN, WA ‘ALA AALIHI WASOHBIHI AJMAIN.

ALLAHUMMA SOLLI, ALA SAIDINA MUHAMMAD , WA ‘ALA ALIHI , WA SOHBIHI WASALLAM

ALLAHUMAFTAH ALAINA, HIMATAKA WANSYUR ALAINA, MIN KHO-ZA-INI RAHMATIKA YA ARHAMAR ROHIMIN

YA ALLAH, ENGKAULAH PEMILIK KERAJAAN ALAM INI. ENGKAU MEMBERIKAN KERAJAAN KEPADA SESIAPA YANG ENGKAU KEHENDAKI. ENGKAU MERAMPAS KERAJAAN ITU DARI SESIAPA SAHAJA YANG ENGKAU KEHENDAKI. ENGKAU BERKUASA MEMULIAKAN SESIAPA YANG ENGKAU MAHU. DI TANGANMU YA ALLAH, SEGALA KEBAIKAN DAN KEKAYAAN.

YA ALLAH. ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA HATI-HATI INI. TELAH BERKUMPUL KERANA MENGASIHIMU. BERTEMU UNTUK MEMATUHI PERINTAHMU. BERSATU UNTUK BERJUANG DI JALANMU.

HATI-HATI INI TELAH BERBAI’AH SETIA. MENGIKAT JANJI SETIA. UNTUK MENDAULAT DAN MENYOKONG ISLAM. MAKA ERATKANLAH AKAN IKATANNYA YA ALLAH.


TUNJUKKANLAH KEPADA HATI-HATI INI AKAN JALAN YANG LURUS DAN BENAR. PENUHKANLAH HATI INI DENGAN CAHAYA RABBANIMU YANG TIDAK KUNJUNG MALAP. LIMPAHKANLAH HATI-HATI INI DENGAN IMAN DAN KEYAKINAN SERTA KEINDAHAN TAWAKKAL KEPADAMU. SUBURKANLAH HATI-HATI INI DENGAN MA’RIFAT TENTANGMU.

RABBANA AATINA FIDDUNIA HASANAH WA FIL AAKHIROTI HASANAH WAQINA ‘AZAABANNAR.

WASOLLOLLAHU ‘ALA SAIDINA MUHAMMAD WA ‘ALA ALIHI WA SOHBIHI WASALLAM TASLIIMAN KASIIRA.

XPDC SUKARELAWAN MBD KINTA DI GUA TEMPURUNG

On: Sunday, March 8, 2009

Pada 1 Mac 2009, Majlis Belia Daerah Kinta telah mengadakan satu Program yang dinamakan Ekspedisi Sukarelawan di Gua Tempurung, Gopeng, Perak. Seramai 25 orang telah menyertai program tersebut. Mereka terdiri daripada ahli-ahli badan gabungan seperti GPMS, Belia 4B, MAYC, St John, ABIM, HYO, GBB dan Bulan Sabit Merah.

Tujuan program ini adalah untuk merapatkan dan menerapkan semangat kesukarelawan diantara ahli-ahli badan gabungan. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden Majlis Belia Negeri Perak iaitu En Ahmad Ansor bin Muhd Rivai Batubara. Majlis penutup pula disempurnakan oleh Pengerusi Belia Daerah Kinta iaitu En Rozamir B Zulkifli.





Kisah dari Gua Tempurung

On: Thursday, March 5, 2009


Inilah antara orang yang kuat dalam ekspidisi ini. Yang baju hijau ala-ala penyelamat tu, namanaya En. Zul selaku "incharge" (staff gua tempurung). En. Meor ni pula, selaku orang yang berpengalaman dari segi teknik-teknik di dalam gua. Hampir 10thn lebih dalam bidang aktiviti lasak ini. Anyway.. kami semua ahli @ peserta ekspidisi ... mmg ENJOY!!!

Antara wajah-wajah kepenatan... di pertengahan jalan. Setelah menghadapi cabaran menyusuri laluan air, kami dikehendaki mendaki 1050 anak tangga untuk ke pintu keluar gua. Segalanya mungkin. Terasa ingin sertai lagi aktiviti sebegini.
Penglibatan Belia Lepasan Sekolah
Khusyuk ...mendengar penerangan dari En Zul (incharge)

Belia Kini...Tonggak Kebanggaan Negara

On: Wednesday, March 4, 2009

Kumpulan belia terdiri daripada kumpulan muda-mudi yang berumur 15-25 tahun. Kumpulan ini dianggap sebagai aset negara yang amat berharga. Malahan juga merupakan tonggak kebanggaan negara bagi meneruskan pembangunan negara di masa hadapan.
Belia yang berpemikiran positif dalam pengurusan, kepimpinan beserta amalan kerohanian merupakan
ciri-ciri belia contoh @ belia cemerlang.