Penghargaan Majlis Belia Negeri Perak

On: Tuesday, July 28, 2009

Sekalung Penghargaan Buat Majlis Belia Negeri Perak dengan kejayaan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi 2009.

Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Pulau Pangkor, Perak amat memberikan impak yang berkesan kepada para peserta. Antaranya adalah :

1) Akan wujudnya persatuan - persatuan baru
2) Akan ada pengurusan persatuan yang lebih sistematik dan tersusun
3) Lahir bakal pemimpin yang terpimpin

p/s: Terima kasih juga buat Sdri Azlina Jali dan Abg Jie.

GempaQ & Best!!!





CLOSING CEREMONY : GEMPAQ!!!


CERAMAH 3 : EN KHAIRUL ANWAR

Program Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi

On: Monday, July 27, 2009

1st Day-Ice Breaking-Pengurusan Surat Menyurat-Presentation

Ciptaan NYa

On: Sunday, July 26, 2009


Go-Kart 2009

On: Tuesday, July 21, 2009

AkTiviTi SUKARELAWAN...

Aktiviti ini telah lama berlangsung, disebabkan masalah teknikal yang disengajakan... terlambat pula upload gambar ke ruangan ini.

Kumpulan Sukarelawan MBD Kinta telah sama-sama membantu dalam satu program Mesyuarat Agong bertempat di Batu Gajah. Walaupun notis pemberitahuannya 24jam sahaja, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sorry kawan-kawan sekiranya terlambat upload gambar-gambar ini. Apa pun, bila agaknya kita dapat main golf sama-sama erk... (Sposered : By ???)

Apa Kata Mereka...

Terlintas difikiran untuk sesuatu yang BARU

Apa kata belia hari ini mengenai aktiviti belia yang mereka sertai. Adakah mereka suka atau tidak? Adakah sesuatu yang perlu diperbaiki? Atau adakah sesuatu yang perlu dimuatkan didalam setiap pengisian dan aktiviti?... Apa yang mereka ingin kata, komen, nasihat dan sebagainya;

a) Belia ni agak pemalu, agak susah nk dengar dia mengeluarkan kata-kata. ermm, Mungkin ianya akan bercakap bila perlu. Rasanya lahh.. .Menarik perhatian terhadapnya, apabila dia terpilih sebagai wakil peserta di Pulau Pangkor dalam Program Patriotisme Pemimpin Kecil. Kena beri ucapan on stage. Owh!!! boleh berkata-kata rupanya mamat nih. hehehe...Tapi mari kita tanya pendapat Bro KamiL :

"KAMIL"


............................................................................................................................................




b) Friendly, amat peramah dan sempoi. Mudah didekati dan berbincang. Kalau rasa nak release dan menambah++ tension, boleh arrr sekaki dengan Bro Fahkir :

"FAKHIR"





............................................................................................................................................




c) Sekali tengok, macam umor 20tahun, rupanya masih di Tingkatan 5. Pelajar lagi. Tetapi ini perantis@pelapis yang dicari2. Orangnya biasa jer, tetapi memang tak boleh duduk diam. Kaki dan tangannya sentiasa akan bergerak jika ada muzik. Suka sangat shuffle. Didarat, diatas kapal pun dipaksa untuk shuffle. Kesian kat boyz. Baru berpindah dari Johor. Good looking!!! Siapa lagi, kalau bukan Boyz@Jojie :

"BOYZ @ JOJIE"




............................................................................................................................................

"ADIK MAT"

"BULAT"

"PEJAY"

"KECHIK"


TO BE CONTINUE... (hehe..)


2009 Perak Drift Show Off

On: Saturday, July 11, 2009

Adakah anda berminat dengan sukan bermotor???

Pada 11-12 Julai 2009 telah berlangsung satu aktiviti sukan bermotor bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh-Perak. Berjaya menarik perhatian dikalangan belia, dewasa dan orang awam yang sama-sama berkongsi minat dan pengalaman dalam sukan bermotor ini.

Ada bermacam-macam jenis kereta, design kereta, gaya-gaya pemandu serta para pengunjung mengenai sukan bermotor ini.
Majlis Perasmian telah dihadiri oleh Exco Belia dan Sukan Negeri Perak.
Antara beberapa yang dapat dikongsikan bersama
anda semua....

Dasyat! Hebat! Walaupun nampak bahaya.. tapi skill tu yang paling mahal.. Berasap-asap..

ADA LAGI.....
Deco 1

Deco 2
Ini pula... ermm, bahagian belakang kereta. Decoration mengalahkan deco rumah. Hebat! Hebat! Bunyinya pun mantap..

AKSI TERHEBAT 2009..

PerkonGsiaN .... Tips Dari Penceramah

On: Friday, July 10, 2009

Kemahiran Pengurusan Kendiri:
ermm... satu topik yang ringkas tapi amat bermakna. Bagi diri saya dan juga untuk adik-adik belia diluar sana. Dalam kegembiraan, dalam keseronokkan kita tidak perlu alpa untuk uruskan diri sendiri juga. Betul atau tidak...Anda yang punyai jawapannya...
Mari kita singkap apa yang ada dalam nota-nota penceramah kita yang lalu. Mengenai Kemahiran Pengurusan Kendiri oleh En Ahmad Ansor B Muhd Rivai Batubara.
"Penilaian seseorang keatas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Ia meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tetang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Carl Roger (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran perspepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats(1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu :
1) tanggapan diri seseorang individu
2) proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu
KONSEP KENDIRI POSITIF
Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

CIRI KONSEP KENDIRI POSITIF
- Menghargai
- Memuji orang lain
- Puas hati dengan pencapaian
- Murah hati
- Mudah berkawan
- Puas hati dengan dirinya
- Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
- Peramah