Persidangan MBD Kinta kali-2, selamat dilaksanakan dengan sempurna hasil dari kerjasama semua. Termasuk daripada pucuk pimpinan sehinggalah AJK dan sukarelawan yang membantu. Bertemakan 1 Hati, 1 Suara, 1 Ispirasi dan 1 Malaysia. MBD Kinta telah mengorak langgah untuk sama-sama membantu agensi-agensi kerajaan yang lain dalam membendung gejala sosial terutama dikalangan belia masa kini.
Turut sama hadir, merasmikan Majlis Perundingan Belia Daerah Y.Bhg Dato' Razali Othman. Sepanjang berlangsungnya persidangan, penulis berminat berkongsi kata-kata dan pandangan daripada Y.Bhg Dato' iaitu ;
(1) Belia kini perlu peluang, dorongan dan tempat untuk berfikir mengenai halatuju masa akan datang
(2) Belia merupakan golongan yang mudah dibentuk dan mudah menerima apa sahaja, yang mengenai minat dan kebolehan mereka
(3) Golongan belia pada masa kini mengharapkan perubahan dan kelainan
Kita juga sering mendengar, membaca dan mengatakan mengenai belia kini hanya menyampai hasrat dan amanah dari kerajaan. Serta mereka juga turut menjadi agen dari segi penyampai dan pemberi maklumat.
Y.Bhg Dato' juga menekan 3 aspek penting yang patut diketahui segenap lapisan pimpinan belia mahupun agensi-agensi yang terlibat. Beliau memberi kenyataan amat bermakna bagi diri untuk dijadikan pedoman setiap pimpinan :
(1) KEIMANAN BERLANDASKAN KESABARAN
(2) MELAKUKAN DAN BERFIKIR DENGAN AKAL YANG WARAS
(3) MELAHIRKAN PANDANGAN MERENTASI SEMPADAN
Secara sepintas lalu,3 aspek ini amat mudah diperkatakan, namun ianya haruslah diusahakan melalui pendekatan yang murni. Program Belia Turun Padang umpamanya mampu memberi impak dan kesan dari segi penyertaan dan penglibatan belia secara tidak langsung.
"MAMPUKAH BELIA ... BERJAYA SEHINGGA KE PERINGKAT ANTARABANGSA"..
0 comments on "Persidangan MBD Kinta"
Post a Comment