Kita kongsikan bersama-sama :
- Manusia yang negatif akan selalu memandang semua peluang sebagai satu masalah.. manusia yang bersikap positif pula akan memandang segala masalah adalah sebagai peluang untuk lebih berjaya.
- Ketakutan dalam diri umpama seperti ombak lautan yang sentiasa menghempas pantai.. tidak perlu gentar untuk menghadapinya.. kerana ombak juga akan menjadi sebahagian lautan bersama-sama pantai.
- Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
- Jangan sesekali takut untuk melangkah satu kaki ke hadapan walaupun sudah jatuh berkali-kali dan jangan sesekali berani melangkah kaki ke belakang sekalipun merangkak.
- Setiap mata yang tertutup bukan bererti ia tidur. Setiap mata yang terbuka belum bererti ia melihat.
- Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah luka.
- Hari yang mendatang tidak akan memberi sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
- Jadilah matahari yang sentiasa memberi cahaya kepada kehidupan walaupun seringkali dicerca kepanasannya.
- Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
- Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
- Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
0 comments on "Kata-kata Indah"
Post a Comment